Syukur alhamdulillah, segala puji-pujian kepadaNya
Tarikh 8hb Julai 2014 jam 9.30am, saya menjalani proses lisan viva PhD. Suatu proses kemuncak yang perlu ditempuhi oleh pelajar PhD setelah sekian lama bertungkus lumus untuk menjayakan pengajian. Pelbagai persepsi dan saranan yang di sampaikan oleh rakan yang telah melalui proses ini sebagai pendorong. Walaubagaimanapun, keyakinan diri dan berserah kepadaNya adalah bekalan yang bakal saya bawa. Ditemani oleh isteri tersayang sebagai pendorong untuk mengharungi proses ini. Keberkatan bulan Ramadhan ini menambahkan lagi kekuatan dalm diri ini.
![]() |
Pembentangan pada audience |
Sesi pembentangan kepada audience adalah selama 30 minit. Selepas itu diikuti oleh proses perbincangan dan sesi soal jawab kepada penilai. Panel penilai luaran adalah Profesor Abdullah Ibrahim dari UMP, penilai dalaman Prof Madya Dr Razali Hassan dan pengerusi Profesor Dr Razali Hassan. Proses ini bermula pada jam 10.00am dan selesai pada 11.30am. Tempoh selama satu jam setengah betul-betul telah menguji saya untuk memberikan makluman tentang segala kandungan tesis yang telah dinukilkan selama 3 tahun ini. Pelbagai pandangan yang diberikan oleh panel memberikan saya satu pengetahuan berguna untuk digunakan apabila tamat pengajian PhD ini.
![]() |
Alhamdulullah..... |
Alhamdulillah, saya telah lulus dengan pembetulan minor dan tempoh pembetulan yang diberikan adalah selama 3 bulan. Namun begitu jika diteliti, pembetulan tersebut dapat disiapkan hanya dalam masa dua minggu sekiranya diberikan tumpuan sepenuhnya. Memandangkan saya telah mula bertugas, maka saya telah fokus untuk menyiapkannya dalam tempoh dua minggu sebelum Hari Raya puasa.... itu janji saya. Amin ya Rabbal Alamin ...Hari Raya Puasa ini saya boleh tersenyum lebar apabila tesis pembetulan saya telah diterima oleh penilai dalaman.
![]() |
Bersama osteri tersayang |
Segala pengalaman selama mengikuti pengajian ini telah meningkatkan lagi kematangan saya dalam mengharungi kehidupan di bumiNya. Tiada yang mustahil untuk dicapai jika kita berusaha dan berserah kepadanNya. Sentiasa perlu bertanya dan berilah bantuan kepada mereka yang meminta. Ini adalah kerana semakin tinggi pengetahuan kita semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui.. Sangat benarlah hadis yang mengatakan ilmu manusia ini ibarat setitik air di lautan
Semoga amalan ini dapat saya kekalkan dalam menjalani kehidupan seharian. Aminnnnn......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan