Perjalanan ini

Perjalanan ini

Ahad, 21 Julai 2013

Trip to EDULearn conference in Barcelona 1 - 3 July 2013 Bhg 1

     Buat pertama kalinya aku membentangkan kertas penyelidikan di luar negara. Barcelona, satu negara yang dikatakan hebat dengan pasukan bolasepaknya menjadi destinasi pertama pembentangan kajianku. Tidak pernah aku tergambar dalam impianku yang aku akan sampai di bumi Barcelona. Apatah lagi sebagai pembentang kertas kajian. Namun, niat untuk sampai ke sini telah aku impikan sebaik saja diberikan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dan diberikan sekali peluang membentangkan kajian di luar negara. 
      Tarikh pembentangan persidangan adalah pada 1 - 3hb Julai 2013. Memandangkan peluang ini mungkin hadir sekali dalam hidup ini. Aku dan isteri bercadang untuk berkunjung ke beberapa tempat menarik di bumi Sepanyol. Dalam masa yang sama, aku telah berjanji pada diriku, sebelum berangkat ke sana aku akan siapkan draf penulisan tesis akhir aku ini. Segala perancangan lawatan, tiket dan penginapan aku serahkan kepada isteriku. AlhamduLillah, kebetulan dua orang pelajar PhD dari UMT berada di sana, seorang di Valladolid (puan Radiah Ismail) dan seorang lagi di Barcelona (Benjamin Yusof). Mudahlah bagi isteriku mendapatkan maklumat awal mengenai keperluan lawatan di sana kelak.
Aku difahamkan olehnya bahawa dari Kuala Lumpur kami akan ke Madrid, Valladolid, Granada, Cordoba, Andorra dan Barcelona. Segala tiket penerbangan, keretapi , bas dan penginapan telah diuruskan secara atas talian. Bagi tuuan itu kami akan bertolak pada 24hb Jun dan kembali ke Malaysia pada 4hb Julai. Aku hanya mengiakan saja, kerana bagiku, aku perlu pastikan draf akhir ini disiapkan sebelum bertolak ke bumi Sepanyol. AlhamduLillah, setelah selama sebulan aku bersengkang mata menyiapkan penulisan draf tersebut, sehinggalah pada 23hb Jun aku telah courierkan ke penyelia aku di UTHM. Yesss siap juga kau. Walaupun ada beberapa perkara yang aku rasakan perlu ditambah. namun apabila penulisan tersebut ada ditangan penyelia aku rasakan beban dlm kepala ini telah aku sandarkan kepadanya. Maaf prof....
        Bagaimana pula dengan persediaan pembentangan aku di Barcelona, mana power pointnya, apa bahan yang hendak di bawa dah kemaskini ke penulisan ke belum... Adooohhh... memang aku tak sedia apa pun bahan untuk itu. Cuma dalam kepala ini aku akan gunakan slide pembentangan semasa seminar di Nilai dan pembentangan findings pada penyelia sebelum ini. Dengan masa yang ada aku akan perincikan semasa perjalanan ke sana. .......    
           


Tiada ulasan:

Catat Ulasan