Alhamdulillah, pada tanggal 11hb Oktober 2014, saya telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional dari UTHM. Perjuangan selama 3 tahun lebih ini telah berjaya membuahkan hasil. Pelbagai pengalaman sepanjang pengajian ini telah ditempuhi, namun pemergian ayahanda tersayang allahyarham Awang bin Muda pada Februari 2011 betul-betul telah menyentap jiwa saya. Betul jua apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan bahawa pengajian PhD ini banyak memberikan kita kenangan dalam kehidupan.
![]() |
Cikgu Ali bin Jemali |
nya pelajar PhD ialah kerana gelaran pelajar PhD hanya layak diberikan kepada calon yang telah lulus pembentangan proposal kajiannya. Selagi ia tidak melepasi tahap tersebut ia masih dianggap sebagai calon PhD. Pada sesi pendaftaran itu saya mendapat kenalan baru dari Institut Perguruan Temenggung Ibrahim iaitu cikgu Ali bin Jemali. Beliau juga mendaftar sebagai calon PhD di fakulti yang sama. Alhamdulillah saya tidak keseorangan. Dalam pada itu, tiga lagi kenalan saya dari politeknik yang menyambung pengajian PhD di sini ialah saudara Raman, Elias dan Rosilawati, Mereka mengikuti pengajian di fakulti kejuruteraan. Oleh kerana saya dan cikgu Ali dari fakulti yang sama maka kebanyakan aktiviti pengajian dapat dilakukan bersama. Ini ditambah lagi dengan beliau membawa kenderaan sendiri jadi mudahlah untuk kami bergerak.
Pada tahun pertma pengajian, kami diberikan kemudahan untuk menginap di asrama Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Parit Raja. Lokasinya adalah bersebelahan dengan kampus UTHM. Dalam masa yang sama, pada ketika itu, fakulti PTV terletak di bandar Parit Raja atau dipanggil kampus bandar. Lokasinya yang agak jauh telah menuntut kami untuk merancang aktiviti harian agar tidak membazirkan masa begitu sahaja. Memandangkan usia kami di 40an menyebabkan keperluan sosial tidak ditekankan melainkan pengajian dan keluarga. Pada awal pengajian semester pertama dan kedua kami perlu mengikuti kelas hadir wajib iaitu Pengenalan pada Penyelidikan, Statistik dan Seminar. Ketiga-tiga matapelajaran ini telah banyak membantu dalam menyiapkan diri untuk menghasilkan kajian penyelidikan. Dalam masa yang sama pertemuan berkala yang dirancang bersama penyelia Profesor Wan Rashid bin Wan Ahmad digunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu.
Sepanjang setahun pertama pengajian di UTHM, saya perlu menyesuaikan jadual pembelajaran dan keluarga. Suasana ini amat saya titik beratkan bagi memastikan pengajian yang dilalui tidak terganggu. Namun begitu, ketentuan Allah tidak dapat dielakkan. Pada semester kedua ayahanda saya telah jatuh sakit secara mengejut sehinggakan tidak dapat berjalan. Adalah menjadi tanggung jawab saya dan adik-adik untuk menguruskan keperluan harian arwah. Sehinggalah pada tanggal 13hb Februari 2011 arwah telah kembali kerahmatullah. Amat menyedihkan lagi ialah pada ketika pemergiannya saya berada di UTHM. Sebaik saja menerima berita tersebut cikgu Ali segera mendapatkan kenalannya untuk menghantar saya pulang ke Terengganu.
Terima kasih cikgu, kenangan dan bantuan yang diberikan kepada saya selama tempoh pengajian ini amat saya hargai......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan