Kejohanan sirkit tenis tertutup remaja Terengganu telah berlangsung selama dua hari di Gelanggang Tenis Hiliran Kuala Terengganu dan telah berakhir semalam. Kejohanan ini terbuka kepada remaja Terengganu dibawah kateogeri umur 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun dan 18 tahun. Objektif sirkit ini adalah bagi mencungkil bakat pemain bagi mewakili negeri Terengganu kekejohanan yang lebih besar.
Anak sulong kami Muhammad Ikmal Hanafi turut menyertai kejohanan bagi kateogeri bawah 12 tahun. Hanya seramai empat pemain sahaja yang mendaftarkan diri dibawah kateogeri ini dan perlawanan dijalankan secara round robbin. Pemain yang banyak memenangi kemenangan dan mengumpul mata tertinggi akan dinobatkan sebagai juara.
Pada perlawanan pertama Ikmal bertemu dengan Mukhriz Ghaffar dan beliau telah memenanginya dengan mata 8-5, bagi perlawanan kedua beliau bertemu dengan Aliff yang juga rakan sekolah beliau. Ikmal telah mencatatkan kemenangan keduanya dengan mata 8-1. Setelah memenangi dua perlawanan beliau perlu menentang Muhammad Naim dan perlu menang untuk menjuarai kejohanan bawah 12 tahun. Naim merupakan juara kateogeri bawah 12 negeri Terengganu pada kejohanan tenis MSSM Terengganu pada bulan April baru-baru ini.
Sehari sebelum perlawanan dilangsungkan Ikmal merasakan bahawa beliau tidak dapat menewaskan Naim, ini berpunca dari kurangnya keyakinan dan semangat juang beliau. Sebagai ibu bapa kami memberikan perangsang padanya untuk melakukan yang terbaik dan berjuang hingga ke mata terakhir. AlhamduLILLAH beliau nampak lebih berkeyakinan dan bersedia untuk menewaskan Naim.
Pada hari perlawanan penentuan, permainan Ikmal lebih baik dan berkeyakinan jika dibandingkan dengan dua pertemuan terdahulu. Ini mungkin berpunca dari semangat juang dan perasaan ingin menang yang ada pada dirinya. Namun begitu kemenangan tidak berpihak kepada beliau dan beliau tewas kepada Naim dengan mata 3-8. Walaupun begitu melalui perlawanan dan pengalaman yang beliau telah lalui kami merasa sangat bangga dan ini akan lebih mematangkan hidupnya. Tahniah Ikmal (abg long).
Sebagai ibubapa kepada anak sulong yang sedang meningkat remaja tanggungjawab kami agar memastikan beliau mendapat pemerhatian yang sempurna dan didikan yang terbaik. Gejala yang tidak sihat dan persekitaran yang kian mencabar mendesak kami untuk menumpukan masa dan perhatian yang lebih kepadanya. Ikmal bukan sahaja dianggap sebagai anak sulong kami bahkan beliau juga antara rakan kami yang sama-sama berbincang dalam isu-isu bersama. Semoga Allah memberikan kekuatan dan tubuh badan yang sihat untuk kami beribadah kepadaNYA dan menunaikan segala tanggongjawab di muka bumiNYA ini.
terima kasi
Go abg long go
BalasPadam