Kursus Q.A yang dianjurkan oleh Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi kepada pemegang biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan telah banyak memberikan maklumat berkaitan perjalanan pelaksanaan pengajian PhD yang akan bakal ditempuhi oleh calon. Program yang pada peringkat awalnya amat membebankan berikutan tempohnya yang terlalu panjang dirasakan begitu singkat melihat kepada pengisian yang disampaikan oleh penceramah yang berkelayakan.
Seramai 55 orang peserta kursus yang terdiri dari tenaga pengajar di politeknik, kolej komuniti dan pendaftar di IPTA tempatan. Memandangkan kebanyakan peserta tidak terlibat dengan budaya penyelidikan sebagaimana pensyarah IPT yang lain ia telah memberikan kami satu cabaran besar untuk menyahut cabaran yang bakal ditempuhi. Keadaan ini dikuatkan lagi dengan pernyataan dari En Zainal selaku Ketua Bhg Biasiswa KPT bahawa peratusan calon Phd dari kakitangan kerajaan yang berjaya menamatkan pengajian adalah lebih tinggi berbanding pensyarah di IPT.
Sepanjang tempoh kursus ini dijalankan penulis dapat berkongsi pengalaman tentang penyelidikan yang akan dijalankan dan menjadi bekalan kepada segala keperitan penyelidikan yang akan ditempuhi. Kini terpulanglah kepada penulis untuk memanafaatkan segala ilmu yang ditempuhi disamping berdoa kepada yang Maha Esa Allah yang Maha mengetahui.
Kepada rakan semua pastikan niat kita ini hanyalah untuk menuntut sedikit ilmu yang ada di bumi Allah untuk disumbangkan kepada dunia pengetahuan dan tanggungjawab kita sebagai khalifah. Tiada yang dapat membangunkan sebuah negara kecuali mampunyai masyarakat yang berilmu pengetahuan.
Kepada ustaz Hashim, Rosman, Azren dan Razimi kenangan kita makan Chow Kuey Tiaw dan durian di pasar malam Changlun setiap hari Rabu akan tetap terpahat dalam ingatan. tidak dilupakan Jai yang senatiasa menghulurkan bantuan walaupun tidak dipinta (segan). Terima kasih semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan