Penulis telah menghadiri jemputan dari pihak kerajaan negeri bagi mewakili jabatan ke program diskusi Terengganu Sebagai Anjung Ilmu pada 17 Mei 2010 di Wisma Darul Iman. Program yang dijadualkan pada jam 9.30am telah dihadiri oleh peserta yang kebanyakkannya dari golongan pendidik negeri. Program ini dirasmikan oleh Menteri Besar sendiri ini dan panel yang dijemput adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi selaku naib cancelor Universiti Utara Malaysia.
Dalam ucaptama yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar beliau menzahirkan rasa kesyukuran diatas kejayaan cemerlang yang telah diperolehi oleh rakyat Terengganu. Bermula dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat universiti. Pelbagai perancangan jangka pendek dan jangka panjang juga telah dirangka untuk meningkatkan lagi pencapaian pendidikan negeri. Bagi menjayakan perancangan ini satu pelan kerangka kajian yang akan di ketuai oleh YB Razif untuk merealisasikan impian tersebut.
Tan Sri Dr Nordin memulakan ucapan beliau dengan merujuk kepada statistik negeri Terengganu bagi menggambarkan keupayaan dan peluang yang boleh digembeling oleh kerajaan dan masyarakat negeri. Dalam ucapan Tan Sri, beliau membuka persoalan kepada peserta diskusi, antaranya apakah persediaan Terengganu sekiranya tiada lagi bekalan minyak petrol di bumi Terengganu.
Pada sesi diskusi bersama Tan Sri pelbagai persoalan dan pandangan yang dilontarkan oleh peserta dan ada jawapan yang penulis rasakan sesuai dijawab dan sebaliknya. Ini adalah kerana terdapat persoalan yang sepatutnya dijawab oleh YAB menteri besar sendiri selaku pembesar negeri.
Diakhir ucapannya pula beliau melontarkan pandangan agar kerajaan negeri bertindak sebagai satu badan yang menguruskan sebuah perniagaan dan menteri besar selaku CEOnya. Beliau mengambil contoh sebagaimana negara jiran Singapura yang mana membuka negaranya kepada negara luar tanpa sempadan
Komen penulis
Apa yang penulis merasa terkilan disini ialah tiada perancangan kerajaan negeri terhadap lepasan sekolah menengah yang tidak berjaya melanjutkan pengajian mereka. Jangan kita abaikan mereka kerana mereka adalah modal insan negeri yang perlu diberikan ruang dan peluang untuk berdaya maju. Sebagai contohnya diberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk mereka bekerjaya ataupun membuka peluang perniaagaan agar tidak leka dengan peredaran masa. Bagaimana rakyat di negara asing boleh mengaut keuntungan di negeri kita?. Adakah anak bangsa kita telah berjaya dan tidak perlu lagi melakukan kerja-keja buruh?. Perkara ini perlu kita tangani bersama.
Penulis mencadangkan agar kerajan negeri memantapkan kerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk memaksimumkan fungsi institusi peringkat pertengahan di negeri ini. Sebagai contoh politeknik, ILP, IKM, kolej komuniti, PTPL, Cosmopoint, Tesdec dan lain-lain. Bukan hanya memikirkan bagaimana untuk membangunkan pusat kemahiran dan latihan yang baru semata-mata. Apabila tedapat banyak pusat kemahiran dan pelbagai insentif dalam bentuk kewangan disediakan, pelajar akan lebih melihat kepada imbuhan yang bakal diterima dan bukannya ilmu yang bakal ditimba. Senario ini jika dibiarkan berterusan ia akan menyebabkan ramai pelajar yang tidak berkualiti yang akan dihasilkan.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh PDRM Terengganu bahawa bilangan penagih dadah negeri ini adalah yang paling tinggi jika merujuk kepada bilangan penduduk negeri. Satu peratus penduduk negeri ini terlibat dengan dadah dan ini bersamaan dengan 10 orang penduduk seorang terlibat dengan gejala dadah.
Adalah menjadi harapan penulis agar kerangka konseptual yang akan dibangunkan untuk menjadikan Terengganu Anjung Ilmu kelak mengambil kira faktor pelajar lepasan menengah yang tidak dapat melanjutkan pengajian. Mereka ini tidak boleh dianggap lemah dari segi akademik tetapi kemungkinan besar ada kelebihan lain yang boleh digarap untuk menjayakan agenda negeri. Budaya makan gaji dan ingin bekerja dengan kerajaan semata-mata perlu dibuang jauh dari kotak pemikiran kerana ia akan menyempitkan lagi semangat jati diri untuk bersaing maju. Renung-renungkanlah.
Terima kasih
.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan