Mutakhir ini pelbagai produk jenama susu kambing di jual di pasaran. Dari warung-warung kecil sehinggalah ke pasaraya utama. Kebanyakannya menggunakan alasan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu dan pemakanan sunah. Lebih ketara lagi, terdapat produk yang memaklumkan kepada pengguna bahawa produk chloestrum susu kambing terkandung dalam paket tersebut. Campuran kurma, madu, habatus sawda dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat disangkal yang produk susu kambing adalah yang terbaik. Namun begitu, persoalan yang timbul adakah produk yang dijual tersebut adalah susu kambing seratus peratus ataupun hanya sebahagia
n kecil sahaja. Umum sedia maklum bahawa untuk menghasilkan susu kambing serbuk memerlukan beberapa proses khusus dan campuran bahan-bahan yang lain.
n kecil sahaja. Umum sedia maklum bahawa untuk menghasilkan susu kambing serbuk memerlukan beberapa proses khusus dan campuran bahan-bahan yang lain.
Melalui temu bual dengan seorang wakil penjual mengatakan bahawa susu kambing serbuk ini di beli dari Belanda dalam bentuk pukal dan di bungkus semula di Malaysia untuk di pasarkan. Terdapat juga yang membelinya dari negara China pada harga RM 30 sekilogram. Lebih ketara lagi lemak yang terdapat dalam kandungan susu tersebut adalah dari sumber kelapa sawit. Walaupun laporan yang diterima ini tiada asas yang kukuh, namun sebagai pengguna kita perlu bijak dalam menentukan makanan yang kita beli. Dalam masa yang sama, pihak berwajib perlulah memantau akan kesahihan produk yang dipasarkan kepada pengguna.
![]() |
Produk susu kambing segar |
Justeru, pengguna, penjual, pengedar dan pihak berwajib perlu memainkan peranan dalam memastikan hanya yang terbaik sahaja berda di pasaran negara kita. Bagaimana untuk menjayakannya? adalah bergantung kepada kita sebagai pengguna. Setiap ketua keluarga khususnya perlulah menanam budaya berbelanja yang bijak kepada keluarga kita. Oleh itu adalah menjadi harapan agar pemakanan sunah tidak digunakan sebagai pasport untuk menjana pendapatan yang lebih. Diharapkan semoga perkongsian yang sedikit ini mendapat faedah kepada kita bersama ....
Amin Ya Rabbal Alamin...