Perjalanan ini
Khamis, 7 April 2011
Politik dan masyarakat kita
Kebelakangan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pentas politik dan dihangatkan oleh arus media. Isu pornografi, pegawai kastam dijumpai mati di SPRM dan rasuah oleh pegawai kastam. Saya terpanggil untuk mencatatkan isu ini memandangkan isu yang pertama ini telah menjadi perbualan hangat masyarakat tidak kira latar belakang dan budaya. Penayangan video porno oleh mereka yang bergelar datuk dan menjadi tontonan wakil media, kini telah menular di laman-laman sosial. Apatah lagi gambar-gambar ini menjadi tajuk akhbar utama beserta gambar yang dirasakan suatu perkara yang bukannya budaya masyarakat kita untuk dipaparkan. Apakah isu sebenar disebalik paparan ini? Apakah akhbar-akhbar ini akan diedarkan secara percuma ke sekolah-sekolah sebagai sumber bacaan. Saya tidak mahu mengulas tentang pendakwa dan pelakonnya, apa yang saya ingin utarakan dimanakah tatatusila masyarakat kita yang kita bangunkan sejak zaman persekolahan lagi. Anak-anak mula bertanya apa yang berlaku disebalik paparan utama akhbar ini? Mengapa ia dipaprkan secara meluas? Perasaan marah dan kesal mula menghantui bagi mereka yang menanamkan rasa hormat antara masyarakat. Zaman fitnah telah berleluasa dan manusia sudah tidak takut akan penciptaNya, suasana ini amat membimbangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan