Perjalanan ini
Khamis, 7 April 2011
Politik dan masyarakat kita
Kebelakangan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pentas politik dan dihangatkan oleh arus media. Isu pornografi, pegawai kastam dijumpai mati di SPRM dan rasuah oleh pegawai kastam. Saya terpanggil untuk mencatatkan isu ini memandangkan isu yang pertama ini telah menjadi perbualan hangat masyarakat tidak kira latar belakang dan budaya. Penayangan video porno oleh mereka yang bergelar datuk dan menjadi tontonan wakil media, kini telah menular di laman-laman sosial. Apatah lagi gambar-gambar ini menjadi tajuk akhbar utama beserta gambar yang dirasakan suatu perkara yang bukannya budaya masyarakat kita untuk dipaparkan. Apakah isu sebenar disebalik paparan ini? Apakah akhbar-akhbar ini akan diedarkan secara percuma ke sekolah-sekolah sebagai sumber bacaan. Saya tidak mahu mengulas tentang pendakwa dan pelakonnya, apa yang saya ingin utarakan dimanakah tatatusila masyarakat kita yang kita bangunkan sejak zaman persekolahan lagi. Anak-anak mula bertanya apa yang berlaku disebalik paparan utama akhbar ini? Mengapa ia dipaprkan secara meluas? Perasaan marah dan kesal mula menghantui bagi mereka yang menanamkan rasa hormat antara masyarakat. Zaman fitnah telah berleluasa dan manusia sudah tidak takut akan penciptaNya, suasana ini amat membimbangkan.
Sabtu, 2 April 2011
Manusia dan kehidupan
Kesibukan seharian membuatkan manusia mudah leka akan tanggungjawab ia diutuskan olehNya ke muka bumi ini. Rungutan berkenaan keperluan hidup yang mendesak, kos kehidupan yang tinggi menyebabkan manusia tidak dapat duduk sebentar dan merenung akan kerja buat yang telah dilakukan selama ini. Memikirkan sebentar tentang iman dan tanggungjawab adalah lebih baik dari solat sunat sepanjang malam (maafkan aku ya Allah). Kesan dari kesibukan ini menyebabkan manusia kurang berinteraksi, semangat ukhuwah dan yang paling ketara tidak mendirikan solat di mana azan dialungkan. AlhamduLillah negara kita ini banyak sungguh masjid2 yang dibina bagi masyarakatnya untuk melakukan ibadah didalamnya selain ibadah solat. Pelbagai rekabentuk, konsep dan ciri2 masjid didirikan yang semuanya bermatlamatkan agar ianya menjadi tempat beribadah. Malangnya apakah pengisiannya selari dengan rekabentuk yang dihasilkan. Sering kita mendengar "banyak tiang dari bilangan jemaah" banyak tahi cicak dari bilangan jemaah" subuh tak sampai satu saf". Ini menggambarkan manusia tidak bersyukur akan kemudahan yang ada. Keadaan yang amat berbeza tatkala solat Aidulfitri dan Aiduladha, masyaAllah masjid tidak dapat menampung jemaah yang ada. Persoalannya adakah dengan dua hari setahun ini sahaja kita telah cukup menunaikan tanggungjawab kita mengimarahkan masjid dan surau?. Kesibukan manusia akan hal2 dunia hanya akan berkurangan jika ia bersyukur dengan apa yang sedia ada. Konsep berusaha, bertawakkal dan bersyukur sepatutnya menjadi pegangan dalam hidup kita. Apalah gunanya mempunyai harta benda dan anak2 yang cerdik pandai jika tidak diisi dengan iman dan takwa. Konsep solat berjemaah dan mengimarahkan rumah Allah perlu diterapkan oleh setiap individu dan tanggung jawabnya terhadap keluarganya. InsyaAllah rezeki akan sampai pada kita tanpa kita sedari akan puncanya, yakin dan percayalah. AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)