Perjalanan ini

Perjalanan ini

Khamis, 25 November 2010

AlahamduLillah

Aku memanjat kesyukuran kepada Allah kerana anak sulungku Muhammad Ikmal Hanafi mendapat 5A dalam UPSR 2010. Seramai 29 orang pelajar disekolah belaiu SK Mengabang Telipot telah mendapat keputusan 5A. Ianya sekaligus merupakan rekod terbaik sekolah tersebut sehingga kini. TAHNIAH kepada semua guru SKMT.
Kejayaan mendapat 5A bagi Ikmal merupakan kejutan bagi beliau memandangkan pencapaian terbaiknya hanyalah 4A 1B. Mungkin kerana terlalu gembira tanpa rasa segan dia telah menangis gembira sepanjang keputusan diumumkan. Bagi kami ini merupakan detik permulaan yang baik bagi anak sulung kami mencorakkan pencapaian peperiksaan kebangsaan kepada adik-adiknya. Kami amat bersyukur kepadaMu.

Kini timbul pengalaman baru untuk kami merancang sekolah mana yang harus kami tempatkan beliau. Empat buah sekolah menjadi pilihan 1)MRSM (Ulul Albab) Besut 2) Imtiaz (K.Trg) 3) SMKATok Jiring dan SMKomplek Mengabang Telipot. Bagi kami penerapan kerohanian adalah keutamaan kepada beliau, itu telah kami tetapkan semasa beliau masih kecil lagi. Tiada ada apa yang membanggakan kami selain dapat melihat beliau dapat mengimami solat berjemaah dan menyampaikan kuliah di surau As-Sagaf dihadapan kediaman kami. Ini merupakan harapan besar yang kami memang idamkan. YaAllah kau makbulkan permohonan kami ini.

Ikmal mendapat hampir Rm400.00 dari keluarga terdekat hasil kejayaan ini dan ini merupakan galakan kepadanya untuk terus meningkatkan usahanya kearah yang lebih baik lagi. Sebagai anak yang sedang membesar telefon tangan menjadi idamannya dan duit tersebut dipohon untuk mendapatkannya. Banyak kajian dan saranan dari pakar motivasi bahawa telefon tangan digunakan pada kanak-kanak sekolah lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan. Perkara ini telah sedia aku maklum, namun bagi memujuknya agar menukar impian dari telefon tangan kepada barangan yang lebih berfaedah memakan masa yang panjang. AlhamduLillah berkat doa dan kebesaranNya ikmal dapat menerimanya dan meminta agar dibelikan PC untuknya. Kami bersetuju walaupun harganya lebih mahal dari cadangan sebelumnya. Namun bagi tidak melalaikannya, kami terima permintaannya.

Pengalaman membesarkan anak yang sedang meningkat remaja dilihat amat mencabar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan