Perjalanan ini

Perjalanan ini

Ahad, 20 November 2011

Transformasi: realiti atau retorik

Laungan transformasi sering kali diperkatakan kini bagi menunjukkan kepada masyarakat luar tentang hasrat yang ingin dicapai. Transformasi adalah sebagai satu usaha ke arah penambahbaikan sesuatu individu, organisasi dan juga kerajaan. Disamping itu pelbagai istilah juga sering digunakan antaranya reorganisasi, penjenamaan dan pengstrukturan. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri juga melaungkan transformasi kerajaan dan hingga kini terdapat enam transformasi yang telah lancarkan. Pelan transformasi kerajaan atau (GTP) merupakan agenda utamanya. Namun begitu tanpa dengan hanya melaungkan transformasi semata-mata tanpa ada usaha dan perancangan yang tersusun transformasi akan menjadi retorik semata-mata. Ianya boleh juga dianggap sebagai angan-angan tanpa usaha kearah untuk mencapainya.

Apakah punca kejayaan transformasi?

Kejayaan sesuatu transformasi bergantung kepada setiap individu. Organisasi tidak dapat melakukan transformasi tetapi manusia yang menjayakannya. Justeru itu kesedaran dan tanggung jawab setiap individu perlu dipertingkatkan untuk mencapai hasrat transformasi yang diidamkan. Kajian menunjukkan pekerja yang mempunyai prestasi tinggi dapat meningkatkan pencapaian organisasi. Oleh itu, pekerja-pekerja ini diperlukan untuk menjayakan transformasi. Bagi tujuan ini kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti apakah kriteria-kriteria yang dapat meningkatkan prestasi pekerja seraya menjayakan hasrat organisasi.

Jumaat, 18 November 2011

Pembentangan kajian di Naza Penang

Tempoh pengajian aku telah mencecah 16 bulan. Iaitu, separuh dari tempoh pengajian dan cutiku telah aku lalui. Bagaimana status pengajian aku? Dua hari yang lalu pada 16 Nov 11 aku telah berjaya membentangkan bab satu dari tiga bab yang hampir aku selesaikan. Memang niatku pada pembentangan ini aku ingin memperkenalkan pada audience tentang professional leaning communities and organizational citizenship behavior. Ini berikutan masa pembentangan yang terhad dan langkah pertama aku membuat pembentangan pada umum berkaitan topik pengajian aku.
Alhamdulillah respon dari audience semasa sesi Q&A dan selepas sesi pembentangan banyak membantu. Lebih-lebih lagi aku dapat meluangkan masa bersama Dr Ahmad Esa dan Dr Yusop Hadi yang aku manfaatkan sepenuhnya untuk meleraikan kekusutan dalam benak aku ini. Suasana yang amat berbeza ketika di UTHM, kedua2 Dr ini memang sukar untuk meluangkan masa berikutan keperluan tugas harian yang banyak.
Segala input yang aku terima terpaksa aku ambil tindakan segera bimbang ianya berlalu begitu saja. Tetapi bila banyak sangat perkara nak dilakukan dalam satu masa suasana mula kelam kabut. Insyaallah anak2 sudah tidur bolehlah aku tumpukan mana yang dirasakan perlu dberikan prioriti.
Kepada Dr dan rakan2 yang banyak membantu semasa sesi persidangan di Penang, saya ucapkan berbanyak terima kasih.

salam

Khamis, 7 April 2011

Politik dan masyarakat kita

Kebelakangan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pentas politik dan dihangatkan oleh arus media. Isu pornografi, pegawai kastam dijumpai mati di SPRM dan rasuah oleh pegawai kastam. Saya terpanggil untuk mencatatkan isu ini memandangkan isu yang pertama ini telah menjadi perbualan hangat masyarakat tidak kira latar belakang dan budaya. Penayangan video porno oleh mereka yang bergelar datuk dan menjadi tontonan wakil media, kini telah menular di laman-laman sosial. Apatah lagi gambar-gambar ini menjadi tajuk akhbar utama beserta gambar yang dirasakan suatu perkara yang bukannya budaya masyarakat kita untuk dipaparkan. Apakah isu sebenar disebalik paparan ini? Apakah akhbar-akhbar ini akan diedarkan secara percuma ke sekolah-sekolah sebagai sumber bacaan. Saya tidak mahu mengulas tentang pendakwa dan pelakonnya, apa yang saya ingin utarakan dimanakah tatatusila masyarakat kita yang kita bangunkan sejak zaman persekolahan lagi. Anak-anak mula bertanya apa yang berlaku disebalik paparan utama akhbar ini? Mengapa ia dipaprkan secara meluas? Perasaan marah dan kesal mula menghantui bagi mereka yang menanamkan rasa hormat antara masyarakat. Zaman fitnah telah berleluasa dan manusia sudah tidak takut akan penciptaNya, suasana ini amat membimbangkan.

Sabtu, 2 April 2011

Manusia dan kehidupan


Kesibukan seharian membuatkan manusia mudah leka akan tanggungjawab ia diutuskan olehNya ke muka bumi ini. Rungutan berkenaan keperluan hidup yang mendesak, kos kehidupan yang tinggi menyebabkan manusia tidak dapat duduk sebentar dan merenung akan kerja buat yang telah dilakukan selama ini. Memikirkan sebentar tentang iman dan tanggungjawab adalah lebih baik dari solat sunat sepanjang malam (maafkan aku ya Allah). Kesan dari kesibukan ini menyebabkan manusia kurang berinteraksi, semangat ukhuwah dan yang paling ketara tidak mendirikan solat di mana azan dialungkan. AlhamduLillah negara kita ini banyak sungguh masjid2 yang dibina bagi masyarakatnya untuk melakukan ibadah didalamnya selain ibadah solat. Pelbagai rekabentuk, konsep dan ciri2 masjid didirikan yang semuanya bermatlamatkan agar ianya menjadi tempat beribadah. Malangnya apakah pengisiannya selari dengan rekabentuk yang dihasilkan. Sering kita mendengar "banyak tiang dari bilangan jemaah" banyak tahi cicak dari bilangan jemaah" subuh tak sampai satu saf". Ini menggambarkan manusia tidak bersyukur akan kemudahan yang ada. Keadaan yang amat berbeza tatkala solat Aidulfitri dan Aiduladha, masyaAllah masjid tidak dapat menampung jemaah yang ada. Persoalannya adakah dengan dua hari setahun ini sahaja kita telah cukup menunaikan tanggungjawab kita mengimarahkan masjid dan surau?. Kesibukan manusia akan hal2 dunia hanya akan berkurangan jika ia bersyukur dengan apa yang sedia ada. Konsep berusaha, bertawakkal dan bersyukur sepatutnya menjadi pegangan dalam hidup kita. Apalah gunanya mempunyai harta benda dan anak2 yang cerdik pandai jika tidak diisi dengan iman dan takwa. Konsep solat berjemaah dan mengimarahkan rumah Allah perlu diterapkan oleh setiap individu dan tanggung jawabnya terhadap keluarganya. InsyaAllah rezeki akan sampai pada kita tanpa kita sedari akan puncanya, yakin dan percayalah. AMIN

Khamis, 31 Mac 2011

Perjalanan ini


Minggu ini aku berada di UTHM, hingga Jumaat. Jam 9 malam ini akan bertolak balik ke Terengganu. Ini merupakan rutin perjalanan kehidupanku selama tempoh bercuti selama tiga tahun hingga 2013. Hajat untuk mengadap prof tidak kesampaian keraa baru sahaja P.A prof call " en Roslan prof tak dapat jumpa kerana terpaksa menghadiri mesyuarat pagi ini". Apa lagi dapat aku katakan hanya maklum dan terima kasih saja. Senario begini menjadi lumrah bagi pelajar sepertiku dan rakan2 yang lain. Ada betul nya juga statement yang aku terima dari Prof di UDM sebelum ini "its your PhD not mine" you have to wok for it. Bila direnung2kan agak rude bunyinya sombong pun ada tapi begitulah gayanya perjalanan ini. Di UTHM aku menginap di hostel KKTM, bayaran yang dikenakan RM 3.15 sehari bersamaan RM 105.oo sebulan. AlhamduLillah tak perlu nak fikir masalah bil air, api dan keperluan lain semua provided. Dalam usia awal 40an tinggal di hostel yang bilik airnya berkongsi dengan pelajar 19 - 21 tahun agak kelakar juga rasanya. Mujur dipertemukan dengan seorang sahabat, pensyarah IPGM Temenggong Johor. Dia pun sama juga dengan aku menyambung pengajian di sini. Tempoh sembilan mengikuti pengajian ini banyak juga pengalaman baru yang aku perolehi, suasana yang amat berbeza semasa bekerja. Segala keperluan untuk pengajian seperti kertas, alat tulis, perkhidmatan fotostat dan binding perlu menggunakan duit poket sendiri. Berbeza semasa di pejabat yang hanya perlu mengisi borang sahaja. Urusan dengan pentadbiran Uni juga perlu beratur bersama pelajar2 lain. Dulu pelajar mengadap kita sekarang keadaan sebaliknya. Pengalaman ini mengajar aku bahawa setiap pelajar yg dtg berjumpa dengan kita perlu dilayan sebaiknya. Tanpa mereka kita tidak berada di kerusi empok dan berbilik yang amat dingin suasananya. Budaya menutup pintu, tidak bersedia berjumpa pelajar, masuk kelas lewat dan batal kelas kerana ada mesyuarat perlu dielakkan malahan tidak sepatutnya berlaku. AlahamduLillah pelakuan ini tidak aku amalkan semasa dulu malahan sentiasa menegur rakan2 lain. Bagiku perjalanan mengejar impian dan harapan perlu diteruskan semoga diberikan kekuatan olehNya. Buat keluarga tersayang papa sayang kamu semua, perjalanan hidup ini hanya menimba ilmu tuanNya yang maha kaya. AMIN

Selasa, 29 Mac 2011

Tanggungjawab dan harapan



Hari ini genap sembilan bulan pengajian aku, masa yang ada bagiku untuk menyiapkan kajian tinggal lagi dua tahun tiga bulan. Itupun jika tiada halangan yang datang menerpa. Apapun alasan yang boleh diberikan, pengajian ini perlu diteruskan. Dalam tempoh sembilan bulan ini pelbagai perkara yang telah kulalui dan pemergian ayahanda tercinta merupakan klimaks segalanya bagiku. Abah, Lan janji Lan akan jaga adik-adik semua dengan penuh kasih sayang dan tanggung jawab. Perkara ini tidak aku luahkan kepada abah semasa hayatnya masih ada, namun jauh dilubuk hati ini janji ini telah aku tekadkan. Lima orang adik dan seorang darinya cacat pendengaran menuntut aku memberikan komitmen yang tinggi. Apatah lagi kak ngah yang memang sentiasa memerlukan perhatian sepenuhnya dariku untuk menguruskan keperluan hariannya. Sungguh besar ujianNya terhadap diriku, namun hati ini yakin bahawa Allah tidak akan menguji insan yang tidak dapat menanggung ujianNya. Hanya mereka yang layak saja diuji beserta peningkatan iman dan menghapuskan dosa. Itu kata-kata ustaz yang sering aku dengar, semoga Allah merahmatiku. Pengajian diperingkat ini banyak menuntut akan kesabaran dan pengorbanan diri dan keluarga. Betullah apa yang disuarakan oleh Prof Wan Salihin agar aku menerangkan kepada keluargaku bahawa tempoh pengajian selama tiga tahun ini perlu pengorbanan dari semua ahli keluarga. Ibarat mencari semut hitam diatas batu hitam, itu kata sahabatku Raman, teman pengajianku. Peluang menyambung pengajian yang diberikan ini akan aku gunakan untuk mencapai cita-cita dan harapan aku dan keluarga. Abah, walaupun abah tiada bersama Lan dan keluarga dimuka bumi Allah ini namun nasihat dan tunjuk ajar abah akan Lan pegang ke akhir hayat. Ya Allah ampunkan dosa abahku semasa hayatnya. Buat isteri tercinta, abg long, kak ngah, mujahid dan semua keluarga tersayang doakan agar usaha ini akan membuahkan harapan. AMIN

Ahad, 27 Mac 2011

Masa dan Kehidupan

Lama rasanya tidak mengemaskini blog. Tahun ini saja baru sekali saya cuba menyiapkan catatan ini. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh perjalanan kehidupan akhir-akhir ini. Pulangnya ayahanda ke rahamtullah pada 12 Feb 2011 memberikan kesan yang mendalam dalam hati ini. Kini aku tiada punya ibu dan bapa, pengalaman yang akan dialami oleh semua insan yang meniti kehidupan di muka bumi Allah ini. Hanya masa yang menentukan bila kita akan menghadapinya. Saya masih bertuah kerna masih diberikan masa oleh Allah untuk menghuni di muka bumiNya dengan tanggung jawab yang berat. Masih mempunyai keluarga sendiri yang amat saya sayangi dan hargai. Kadang-kadang kita berasa alpa dengan kesihatan dan kemudahan yang sedang kita kecapi tanpa memikirkan ianya hanyalah pinjaman sementara. Masa yang menentukan bila kita harus pulang dan memulangkan kepada empunyaNya. Kerap kali selesai solat subuh berjemaah bersama keluarga di surau As-Sagaf hati ini sering bertanya apakah hari ini hari terakhir aku menghunli di bumiNya. Perkara yang akan dilakukan adalah merenung jauh ke wajah isteri dan anak-anak "papa sayang kamu semua". Apa lagi yang dapat dipinta selain memohon dariNya diberi masa untuk melihat anak-anak membesar dan mempunyai kehidupannya. Kehidupan diusia ini banyak mengajar mengenai kehidupan dan kenyataan live begi at 40 bagi saya adalah peningkatan tahap penghambaan diri kita padaNya. Bukan lagi masa untuk mengejar kepada kenikmatan dunia yang bersifat sementara. Semoga hari-hari mendatang diberikan Allah kemudahan dan peningkatan iman kepada kami sekeluarga. AMIN.