Perjalanan ini

Perjalanan ini

Jumaat, 13 Julai 2018

Kenangan sebagai Pengurus Ladang Unisza 205 hingga 2017

Tahun 2018. Hampir tiga tahun bertugas aku di Universiti Sultan Zainal Abidin. Lapor diri secara jawatan tetap pada 20 Okt 2015 sebagai tenaga pengajar di Jabatan Teknologi Pembuatan sebagai pensyarah kanan Gred DS 51. Pada 1hb Nov 2015 pula dilantik sebagai Pengurus Ladang Unisza di Pasir Akar Besut Terengganu. Dua portfolio utama ialah mengajar kursus Teknologi Pembuatan dan menguruskan ladang khususnya pada penternakan kambing dan lembu.  Apa hubungannya Dr Roslan Awang seorang yang latarbelakang akademiknya sebagai jurutera mekanikal dan pengurusan ternakan????. Ketentuan Ilahi yang Maha Mengetahui...

Rezeki berkecimpung dan minat dalam penternakan kambing sejak 2006 merupakan satu nilai tambah bagi melayakkan aku diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan tertinggi UniSZA untuk menjawat jawatan pengurus ladang UniSZA. Jawatan yang baru diwujudkan di UniSZA mengakibatkan tiada maklumat berkaitan tugas dan tanggungjawab yang perlu dicapai. Apa yang pasti ialah aku diberi amanah untuk membaik pulih pengurusan ternakan khususnya kambing yang tidak berpotensi untuk dikembangkan oleh pengurusan sebelum ini. Cabaran yang dilontarkan oleh Profesor Ikhwan semasa temuduga penjawatan ialah 'Dr.. kami nak makan sup daging dan bukan lagi sup tulang'...... Pergghhh aku sahut cabaran ini dengan penuh keyakinan yang aku mampu melakukannya. ... So KPI aku untuk tempoh setahun ialah memastikan hasrat Prof Ikhwan tercapai. Mungkin prof pun tak ingat tapi hati kecil aku dah berazam untuk membuktikan yang Dr Roslan Awang mampu melakukannya.


Rajah 1.0: Ladang Unisza di Pasir Akar

Dua hari sebelum lantikan sebagai Pengurus Ladang UniSZA, aku makan tengahari bersama Dr Jamil Pengarah Agropolis UniSZA. Pertama kali berjumpa beliau yang seorang berpengalaman luas dalam bidang pertanian dan beliau juga bekas pegawai MARDI. Banyak perkara yang dibincangkan dan lebih menjurus kepada kaedah meningkatkan pengurusan ladang.  Keesokan harinya aku ke ladang UniSZA Pasir Akar untuk bersama dengan rakan-rakan setugas di sana. Perjalanan dari kediamanku ke ladang mengambil masa 80 minit .. perghhh jauh juga la.



Setiba di ladang aku diperkenalkan dengan 

Ahad, 19 Julai 2015

Susu kambing Segar Terengganu T-Lipot

Assalamualaikum.

Kepada yang berminat mendapatkan produk susu kambing segar kami. Boleh terus menghubungi kami di sebtakir blogspot.com @ fb kami SusuKambingSegar Terengganu. Lokasi perniagaan kami adalah di Mengabang Telipot kuala Terengganu dan rakan kami di Shah Alam. Anda boleh menghubungi kami di talian 0139214100....
                                                                                                       
Campuran jus buah  botol 200ml RM 4.00 b) Shah Alam

Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah sekitar Kuala Terengganu Utara pada hujung minggu.

Minimum pembelian untuk penghantaran ke rumah adalah sebanyak RM 50.

Disamping itu kami juga menyediakan jualan berikut:
a)  kambing baka susu (saanen)
b) keju (feta cheese)
c) baja organik

 Semoga tuan berpuas hati dengan produk yang kami tawarkan.

Asli   botol 200ml RM 3.50

Sabtu, 18 Julai 2015

Salam Syawal 1436

Assalamualaikum....salam syawal 1436

Alhamdulillah...kerana  diberi kesempatan olehNya untuk kami menjalani ibadah ramadhan dan menyambut syawal pada tahun ini. Semoga ibadah ini diterima dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran. Sebagaimana biasa, istilah balik kampung berhari raya memang tiada kerana keluarga kami berada sekitar Kuala Terengganu. Namun begitu, suasana kemeriahan syawal tetap dirasakan sepertimana rakan-rakan lain yang pulang beraya ke kampung masing-masing. Apatah lagi dengan dasar penjimatan yang diviralkan sebelum ini..

Sebagaimana biasa hari raya tahun ini disambut dengan penuh kesederhanaa. Pengalaman di bulan ramadhan telah banyak mengajar kami dari melakukan pembaziran. namun, tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi memastikan keperluan raya anak-anak tidak diabaikan. Semoga diberi kesempatan olehNya untuk dapat melakuakn ibadah puasa pada bulan ramadhan 1437... Ameeen ya rabbal alameen..



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Jumaat, 20 Februari 2015

Projek kambing baka susu

As salam semua...

Saya mula menceburi bidang ternakan kambing ini sejak tahun 2006. Tiada minat yang khusus berkaitan ternakan ni, tambahan lagi keluarga terdekat memang tiada yang menceburinya. besar kemungkinan adalah disebabkan perasan sayang pada binatang ternakan seperti kucing menyebabkan ternakan ini dekat dihati.

Projek ternakan ini bermula apabila saya telah membeli sebidang tanah berkeluasa 0.75 ekar di kg Pengkalan Maras pada tahun 2003 dengan harga RM 43000. Pada peringkat awal tanah ini akan dibangunkan rumah kediaman kami sekeluarga. Namun, disebabkan tanahnya yang agak luas kami bercadang untu mengusahakan sesuatu aktiviti keluarga di tapak tanah tersebut. Dalam masa yang sama, Tuan Hj Nordin bapa saudara saya mengajak saya melawat ternakan kambing rakannya di Serada. Perasan teruja melihat baka-baka kambing besar pada masa tu menyebabkan saya tertarik untuk mula menceburi bidang ini.

Bagi mendapatkan informasi berkaitan, saya telah menghubungi mereka yang telah lama menceburkan diri dan yang terlibat dengan membawa masuk kambing baka luar. Pelbagai informasi diterima dan dikumpulkan untuk memulakan bidang ini. ada yang menerangkan tentang prospek yang sangat positif dan ada juga yang sebaliknya. Namun begitu, kalau kita tidak berusaha mana kita tahu kita akan berjaya atau tidak. Bagi saya, usahalah dengan sebaiknya dan teruskan berdoa kepadaNya.      

Jumaat, 24 Oktober 2014

Lambakan susu kambing paket di pasaran

Assalamualaikum semua...

Mutakhir ini pelbagai produk jenama susu kambing di jual di pasaran.  Dari warung-warung kecil sehinggalah ke pasaraya utama. Kebanyakannya menggunakan alasan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu dan pemakanan sunah. Lebih ketara lagi, terdapat produk yang memaklumkan kepada pengguna bahawa produk chloestrum susu kambing terkandung dalam paket tersebut. Campuran kurma, madu, habatus sawda dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat disangkal yang produk susu kambing adalah yang terbaik. Namun begitu, persoalan yang timbul adakah produk yang dijual tersebut adalah susu kambing seratus peratus ataupun hanya sebahagia
n kecil sahaja. Umum sedia maklum bahawa untuk menghasilkan susu kambing serbuk memerlukan beberapa proses khusus dan campuran bahan-bahan yang lain.   

Melalui temu bual dengan seorang wakil penjual mengatakan bahawa susu kambing serbuk ini di beli dari Belanda dalam bentuk pukal dan di bungkus semula di Malaysia untuk di pasarkan. Terdapat juga yang membelinya dari negara China pada harga RM 30 sekilogram. Lebih ketara lagi lemak yang terdapat dalam kandungan susu tersebut adalah dari sumber kelapa sawit. Walaupun laporan yang diterima ini tiada asas yang kukuh, namun sebagai pengguna kita perlu bijak dalam menentukan makanan yang kita beli. Dalam masa yang sama, pihak berwajib perlulah memantau akan kesahihan produk yang dipasarkan kepada pengguna. 

Produk susu kambing segar
Sehingga kini, Malaysia bukanlah sebuah negara pengeluar hasil tenusu kambing. Malahan daging kambing pun kebanyakannya diimport dari negara lain seperti Australia dan New Zealand. Budaya mengamalkan minum susu dikalangan masyarakat kita amatlah rendah dan terhad semasa proses penyusuan bayi sahaja. Maka, timbullah persepsi dikalangan kita yang mengatakan tidak biasa minum susu, perut akan memulas dan berbau hamis. Berbeza dengan masyarakat di barat dan negara maju yang menjadikan susu sebagai minuman harian. Ada juga kempen yang mengatakan orang Yahudi tidak menggalakkan kita minum susu kambing dan minuman dari kacang soya adalah yang terbaik. Kurangnya pengetahuan mungkin adalah faktor utama yang mendorong masyarakat kita mudah terpengaruh dengan agenda ini.

Justeru, pengguna, penjual, pengedar dan pihak berwajib perlu memainkan peranan dalam memastikan hanya yang terbaik sahaja berda di pasaran negara kita. Bagaimana untuk menjayakannya? adalah bergantung kepada kita sebagai pengguna. Setiap ketua keluarga khususnya perlulah menanam budaya berbelanja yang bijak kepada keluarga kita. Oleh itu adalah menjadi harapan agar pemakanan sunah tidak digunakan sebagai pasport untuk menjana pendapatan yang lebih. Diharapkan semoga perkongsian yang sedikit ini mendapat faedah kepada kita bersama ....  

Amin Ya Rabbal Alamin...


Rabu, 22 Oktober 2014

Perjalanan untuk memperoleh PhD

Mensyukuri nikmat Allah swt di atas segala pemberianNya.


Alhamdulillah, pada tanggal 11hb Oktober 2014, saya telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional dari UTHM. Perjuangan selama 3 tahun lebih ini telah berjaya membuahkan hasil. Pelbagai pengalaman sepanjang pengajian ini telah ditempuhi, namun pemergian ayahanda tersayang allahyarham Awang bin Muda pada Februari 2011 betul-betul telah menyentap jiwa saya. Betul jua apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan bahawa  pengajian PhD ini banyak memberikan kita kenangan dalam kehidupan.

Cikgu Ali bin Jemali
Masih segar dalam ingatan pada tanggal 30hb Jun 2010, saya mula mendaftarkan diri sebagai calon PhD sepenuh masa di UTHM. Istilah calon PhD dan bukan
nya pelajar PhD ialah kerana gelaran pelajar PhD hanya layak diberikan kepada calon yang telah lulus pembentangan proposal kajiannya. Selagi ia tidak melepasi tahap tersebut ia masih dianggap sebagai calon PhD. Pada sesi pendaftaran itu saya mendapat kenalan baru dari Institut Perguruan Temenggung Ibrahim iaitu cikgu Ali bin Jemali. Beliau juga mendaftar sebagai calon PhD di fakulti yang sama. Alhamdulillah saya tidak keseorangan. Dalam pada itu, tiga lagi kenalan saya dari politeknik yang menyambung pengajian PhD di sini ialah saudara Raman, Elias dan Rosilawati, Mereka mengikuti pengajian di fakulti kejuruteraan. Oleh kerana saya dan cikgu Ali dari fakulti yang sama maka kebanyakan aktiviti pengajian dapat dilakukan bersama. Ini ditambah lagi dengan beliau membawa kenderaan sendiri jadi mudahlah untuk kami bergerak. 
Iswara cikgu Ali Jemali 

Pada tahun pertma pengajian, kami diberikan kemudahan untuk menginap di asrama Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Parit Raja. Lokasinya adalah bersebelahan dengan kampus UTHM. Dalam masa yang sama, pada ketika itu, fakulti PTV terletak di bandar Parit Raja atau dipanggil kampus bandar. Lokasinya yang agak jauh telah menuntut kami untuk merancang aktiviti harian agar tidak membazirkan masa begitu sahaja. Memandangkan usia kami di 40an menyebabkan keperluan sosial tidak ditekankan melainkan pengajian dan keluarga. Pada awal pengajian semester pertama dan kedua kami perlu mengikuti kelas hadir wajib iaitu Pengenalan pada Penyelidikan, Statistik dan Seminar. Ketiga-tiga matapelajaran ini telah banyak membantu dalam menyiapkan diri untuk menghasilkan kajian penyelidikan. Dalam masa yang sama pertemuan berkala yang dirancang bersama penyelia Profesor Wan Rashid bin Wan Ahmad digunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu.

Sepanjang setahun pertama pengajian di UTHM, saya perlu menyesuaikan jadual pembelajaran dan keluarga. Suasana ini amat saya titik beratkan bagi memastikan pengajian yang dilalui tidak terganggu. Namun begitu, ketentuan Allah tidak dapat dielakkan. Pada semester kedua ayahanda saya telah jatuh sakit secara mengejut sehinggakan tidak dapat berjalan. Adalah menjadi tanggung jawab saya dan adik-adik untuk menguruskan keperluan harian arwah. Sehinggalah pada tanggal 13hb Februari 2011 arwah telah kembali kerahmatullah. Amat menyedihkan lagi ialah pada ketika pemergiannya saya berada di UTHM. Sebaik saja menerima berita tersebut cikgu Ali segera mendapatkan kenalannya untuk menghantar saya pulang ke Terengganu.
Terima kasih cikgu, kenangan dan bantuan yang diberikan kepada saya selama tempoh pengajian ini amat saya hargai......